Kandang Babi
Aku kini
Tinggal dalam kandang babi
Yang tidak tahu erti suci
Yang tidak kenal makna budi
Yang tidak mahu jaga diri
Dari dosa, debu, hingus dan puki
Yang mana dapat, kau akan kotorkan
Yang mana sempat, kau akan buangkan
Yang mana lazat, kau akan habiskan
Yang mana lewat, kau akan biarkan
Aku sekarang
Tidur bergelumang
Dalam najis orang
Tempat sujudku, kauhias
Dengan gambar gadis motokar
Kencing berdiri, bertempias
Ke atas seluarmu yang longgar
Ruang tamuku tempat tinggal tujuh orang
Ruang dapurku sudut simpan pelbagai barang
Bilik airku selalu kencah, alas kaki basah
Bilik tidurku penuh sampah, selimut bersepah
Rak bukuku hanya perabut
Rak kasutku pecah tercabut
Mengapa tidak kau kemas
Dapur yang hampir lemas
Kau kerjakan?
Setelah habis kau kebas
Separuh aku punya beras
Bekalan sebulan?
Adakah kau anak orang miskin
Yang tidur malam berterangkan lilin?
Adakah kau anak yatim piatu
Yang makan minum tidak menentu?
Apa
Aku punya rupa
Macam orang kaya?
Memang hidupku bertujuan
Memberi kau makanan
Supaya kau sihat bertembolok
Senang kau mewah menghisap rokok
(Bodoh!)
Kau bukanlah seorang kawan
Kalau kau selalu makan
Dari pingganku
Kau bukanlah seorang rakan
Kalau kau suka bersuapan
Dari tanganku
Satu persatu datang, macam hari perayaan
Satu persatu hilang, lepas puas kekenyangan
Empat ekor babi
Datang, tidak pergi
Melingkar depan TV.
Author's note: Kandang Babi, Karkun and Jangan Kau Usik Makanan Itu were written in a 6-hour stint of inspiration on Friday night, October 31st, 2003 in Dinkytown USA.
No comments:
Post a Comment