The Work that Becomes a New Genre in Itself Will Now be Called...

Thursday, September 13, 2001

[TEORI EMAIL LUCU 101]

From: Mohamad F. Mohamad-Sharin
Reply-To: online_jernel@yahoogroups.com
To: online_jernel@yahoogroups.com
Subject: [online_jernel] Teori Email Lucu 101
Date: Wed, 12 Sep 2001 17:52:06 -0700 (PDT)

Kehadapan Cik Haneez (bukan nama sebenar),

1 - Filem 'Pearl Harbor' (lakonan Ben Affleck dan Josh Hartnett) bukanlah filem rujukan yang paling tepat berkaitan insiden serangan mengejut Tentera DiRaja Jepun ke atas Pearl Harbor. Saya syorkan cik menonton filem 'Tora! Tora! Tora!' yang jauh lebih tepat dan tidak 'bias' kepada mana-mana pihak, baik yang mempunyai juruterbang kacak atau tidak.

2 - 'Quote' yang cik nyatakan itu kurang tepat/lengkap. Dari mulut Commander-in-Chief Tentera DiRaja Jepun bagi serangan itu, ia patut berbunyi (dalam bahasa jepun): "I fear that all we have done is to awaken a sleeping giant and fill it with a terrible resolve." [petikan dari filem 'Tora! Tora! Tora!']

3 - Tiada serangan yang dilakukan terhadap White House, hanya (i) sayap bangunan 'military nerve' di Pentagon, Washington DC, (ii) World Trade Center di Lower Manhattan, NY, dan (iii) ladang ("ranch") persendirian berdekatan Pittsburgh, Pennsylvania.

4 - Frasa anda (dari email) berikut (i) "AS dari bulan lepas telah menunjukkan riak-riak kejatuhan AS", dan (ii) "riak perang dunia ketiga telah menunjukkan riaknya", bukan sahaja membingungkan, malah amat lucu dari aspek tata bahasa dan logik pertuturan.

5 - Frasa anda (dari email) berikut: "Tapi masalahnya...dulu BOM ATOM, sekarang dah tak main lah benda tu, NUKLEAR lah..." juga amat lucu, kerana, setahu saya yang jahil dan dungu ini, bom atom dan nuklear adalah pada prinsipnya, benda yang sama.

6 - Saya kurang faham akan (i) struktur subjek dan pradiket, dan (ii) isu yang berbangkit dalam perenggan berikut [petikan dari email cik]:

"hmmm, sekarang ni ringgit terikat ngan Dollar AS... dan dollar rasanya cam nak jatuh lak... dan kesan tetap pada kita juga... dan kebanyakan ekonomi dunia bergantung pada ekonomi AS sebab tu lah banyak yang begitu interesting pasal benda ni sampai sanggup check dalam kamus perkataan mana yang tak paham.. dah tak main utusan tv3, cnn terus... kat sini pon sok kabar semua sold out."

Soalan: (i) Bagaimana pula kebergantungan ringgit kepada dollar US boleh menyebabkan surat khabar Utusan sold out? (ii) Bagaimana pula hal kebergantungan ringgit kepada dollar US menjadi begitu "interesting", sehingga pembaca surat khabar sanggup meng-'check' dalam kamus perkataan yang tidak difahami? (iii) Berikan contoh perkataan yang dimaksudkan.

7 - Saya menasihatkan cik supaya bertenang dan menarik nafas yang dalam, dan berhati-hati meluahkan pendapat yang boleh menyebabkan spekulasi dan paranoia. Kesimpulan 'ah! habis! kiamat!' bukanlah yang terbaik buat keadaan yang murung dan menyedihkan ini.

8 - Saya berpendapat cik memang benar-benar amat bingung ("...tapi satu jer yang aku tengah konpius sekarang...") dan saya doakan agar keadaan ini menyusut kurang dan beransur baik, bermula esok pagi selepas solat subuh.

9 - Saya juga mengesyorkan agar cik (dan pembaca email ini yang lain) supaya tidak mengambil hati/berat akan apa yang saya telah katakan dalam email ini; semuanya adalah senda gurauan dan sandiwara lucu dari saya yang berasa amat bosan sekarang, kerana semua stesen TV di US kini hanya menayangkan siaran 'live update' (siaran 24 jam) berkenaan serangan terhadap US tersebut. Semua rancangan TV kegemaran saya telah pun dan akan dibatalkan, terutamanya siri kartun animasi terlucu, "The Simpsons."

[YBLalat]

Petronas' Chemical Engineering Student (3rd Year)
University of Minnesota, Twin Cities' Campus.
Dinkytown, Minneapolis, Minnesota, USA.

p/s: Tajuk email cik yang berjudul "KILL...KILL.. DIE...DIE....!!!"  amat tidak bersesuaian, malah mempunyai unsur benci yang pekat pula, tetapi amat bertepatan menerangkan bagaimana sukarnya saya untuk cuba memahami isi kandungan email cik :-)

On Sept 11st, 2001, Haneez wrote the following email:
From: Haneez (bukan nama sebenar)
Reply-To: online_jernel@yahoogroups.com
To: online_jernel@yahoogroups.com
Subject: [online_jernel] KILL...KILL.. DIE...DIE....!!!
Date: Tue, 11 Sep 2001 22:53:06 -0700 (PDT)

Hmm

sesuatu yang mengemparkan dunia...satu kuasa besar telah dikejutkan dengan serangan demi serangan. akuu sebenarnya teringatkan kembali filem pearl habor tuu dulu.. script yang telah dibawak kembali untuk ingatan:

"Mereka hanya berjaya mengejutkan gergasi dari tidur."

AS dari bulan lepas telah menunjukkan riak riak kejatuhan AS, bermula dengan indeks dow jon yang jatuh kemudian dengan siri serangan ke atas nytc, pentagon, dan white house.... dan riak perang dunia ketiga telah menunjukkan riaknya..

Tapi masalahnya...dulu BOM ATOM, sekarang dah tak main lah benda tuu, NUKLEAR lah...dan kalau cam tuu...satu kesimpulan jer boleh buat...KIAMAT>>>>!!!!

hmmm

sekarang nii ringgit terikat ngan Dollar AS... dan dollar rasanya cam nak jatuh lak... dan kesan tetap pada kita juga... dan kebanyakan ekonomi dunia bergantung pada ekonomi as sebab tuu lah banyak yang begitu interesting pasal benda nii sampai sanggup cek dalam kamus perkataan mana yang tak paham.. dah tak main utusan tv3, cnn terus... kat sini pon sok kabar semua sold out...

tapi.. adakah sekadar sikap inquiry saja atau dah terpikir jauh kemana dunia selepas ini...
tapi satu jer yang aku tengah konpius sekarang
AS vs Asia Tengah?? @
AS vs Umat Islam??? @
AS vs ???????.

hmm...sekadar terlintas...

[Haneez]


End of attached email.

No comments:

Blog Archive