[Nota: Mengambil Cuti (Lagi)]
*batuk*
Aku masih tidak berasa sihat dan/atau ada inspirasi untuk mengemaskini jurnalku hari ni. Aku tahu aku sudah janji kepada semua yang aku akan kembali mengurus jurnal ini pada hari ini, tapi, begitulah. Kakiku sudah sihat tetapi kepala aku masih tidak mahu berhenti berdenyut. Kukira ia marah kepada aku kerana mengurangkan waktu tidurku dari jumlah masa 8 jam yang normal kepada 5 jam sahaja semalam. Tambahan pula, semalam aku bekerja lebih dari masa yang ditetapkan, hampir 7 jam, walaupun sepatutnya aku bekerja 2 jam pada shif pagi.
Aku masih belum mahu memaksa kepalaku bekerja keras menulis esei/bahan untuk hari ini di muka jurnal ini. Pastinya ada yang berasa kecewa kelak, tetapi aku tahu, akhirnya mereka faham juga. *batuk* Oh ya, aku akhirnya dapat juga menonton filem samurai agung karya pengarah ulung Jepun, Akira Kurosawa: "The Seven Samurai". Nanti sahajalah aku ceritakan pasal kerja baruku, filem tadi dan keadaan diriku kini. Aku mahu rehat sebentar. Jika aku berasa segar semula pada bila-bila masa kelak, aku akan terus berkejaran ke PC dan menulis semula.
Salam sayang dari penulis kesayangan semua.
[YBLalat]
The Work that Becomes a New Genre in Itself Will Now be Called...
No comments:
Post a Comment