The Work that Becomes a New Genre in Itself Will Now be Called...

Thursday, May 10, 2001

["Interview bersama Penulis (Bahagian 1)" oleh Chronic-Mass]

assalamualaikum, encik Lalat. / waalaikumussalam, encik Chronic.

oklah, kita mulakan sessi ini dengan soalan2 mudah dulu, ok? / no hal, silakan.

boleh tolong kenalkan diri sikit? / hm...saya ada beberapa nama sebenarnya.
nama in the sense of, apa yang orang panggil lah, maksud saya.

antaranya? / kat rumah, mak ayah adik sedara mara semua panggil 'Along'.
kat sekolah Mozac dulu pulak, 'Lalat'. bila start pandai pakai internet ni semua,
mula pakai nama 'YBLalat' pulak, pasal chat kat MIRC. tapi kalau dalam surat
beranak, memang nama penuh lah yang betul. jarang saya guna nama lain.

jadi, macam mana pulak dengan nama 'Mohamad F. Mohamad-Sharin' ni? /
oh tu bila nak datang US ni hah. kan omputih ni pakai first name, last name.
jadi bila isi borang visa tu, terpikir pulak nak buat macam tu. saje je, haha.

boleh tolong cerita macam mana nama 'Lalat' tu start? / banyak versi sebenarnya
macam mana cerita nama tu melekat. masa Form 1 dulu, meja saya paling
belakang sekali, paling dekat dengan tong sampah. ditambah pulak bebudak
semua jenis pengotor, selalulah tong sampah kelas tu tak dibuang. selalulah
berkerumun lalat2 semua hinggap. secara tak langsung, mulalah orang panggil
saya 'Lalat' lah pulak.

oh ye begitu / ada jugak saya ingat budak nama Ali Imran ni, dia suka buatkan
nama binatang kat orang lain. mulanya, awek dia, kalau tak silap saya nama dia
Aina kot, ejek dia Ikan Buntal. apa sebabnya, tak tahu lah. alah bebudak 13 tahun,
memang lah macam tu perangai, kan? anyway, dia dapat idea nak panggil semua
orang dalam kelas tu guna nama binatang, jadi saya pun kena jugak.

tapi apa ceritanya dia panggil encik 'Lalat'? / saya rasa ada satu masa dulu, dalam
kelas KH kot, ada cikgu ni mengajar pasal topik kendiri ke apa. ada satu aktiviti
kelas tu, dia suruh masing-masing buat muka ekspresif lah, macam 'sedih', 'marah',
'cemburu'. bila tiba giliran saya, cikgu tu suruh saya buat muka 'takut'. haha. saya
pulak jenis yang class clown masa tu, jadi saya terbeliakkan biji mata saya dua2
sambil gigit jari. haha, saya goyanglan anak mata tu kiri kanan, kasi efeklah tu
kononnya. hah kau, habis satu kelas gelak. agaknya dia orang gelak pasal saya ni
selalu serius, jarang senyum semua. terperanjat lah tu kot.

haha...cerita macam tu pun boleh kasi nama 'Lalat'. oklah, apa yang encik rasa
perlu pembaca tahu lebih lagi pasal diri encik? / hm...susah soalan ni. saya rasa
tak lah perlu sangat pembaca tahu hal ni, tapi... saya ada minat yang amat mendalam
dalam menonton filem seni negara luar, macam dari iran, spain, germany. apa2
saje asalkan bukan dari hollywood. filem sundance pun saya layan jugak. saya ingat
lagi macam mana saya habiskan banyak masa dan wang, menyewa video macam
ni lah masa cuti krismas hari tu.

oh ya ke? tolong rekomenkan beberapa filem yang saya kira pembaca mungkin
berminat nak tonton. / antara yang favorite ialah "das boot" dari germany, cerita pasal
perang U-boat WWII, "tampopo" dari jepun, satira sosial tentang pengaruh makanan
terhadap masyarakat jepun, "belle epoque" dari spain, mengisahkan adventure askar
yang lari dari perang saudara pasal cinta kepada 4 adik-beradik pompuan dari pihak
musuh dan "children of heaven" dari iran, filem kanak-kanak miskin yang lucu saya
kira. ada banyak lagi sebenarnya, tapi saya cadangkan yang tadi dahulu.

kita berehat sebentar, para pembaca harap bertunggu. kita berhenti sekejap untuk
pesanan dari penaja rancangan. / baik.


No comments:

Blog Archive